Thursday, April 3, 2008
Bila Perut Masuk Angin
Artikel ini berkenaan survey apabila perut anda masuk angin. Perut masuk angin adalah satu routine wajib bagi sesetengah pihak hanya kerana setiap hari, proses pernafasan mengakibatkan angin masuk ke dalam perut melalui trakea. Juga apabila anda lemas, anda akan menerima CPR oleh ahli PBSM yang berjaya lalu angin masuk lagi ke dalam perut. Oleh yang demikian, laksanakan tanggungjawab anda sebagai rakyat yang mengalami perut masuk angin dengan merespond survey ini.
Soalan: Apa jadi bila perut anda masuk angin?
Pilihan Jawapan:
a) Perut anda jadi kembung - mengikut prinsip tiup belon, bila angin masuk dalam belon, belon lalu mengembung.
b) Perut mengempis - the fact that kunun-kunun perut masuk angin effect dari tidak makan/skip meal.
c) Perut membuncit - ini bagi yang makan ke tak memang dah buncit pun.
d) Perut berbunyi - bunyi misteri yang selalu didengari semasa kelas sedang berlangsung.
Yang mana satu anda? Laksanakan tanggungjawab anda sebagai mangsa perut masuk angin.
P/S: Artikel adalah rekaan semata-mata tiada berkenaan dengan yang hidup atau yang telah tiada.
Figure 1: Fat Guy by Hugh
Post Reply: Hanya Kerana Kacang
Kajian telah dibuat dan menurut statistik, majoriti umum berlandaskan 1/7 bulat suara mengundi 'Kacang Putih' sebagai wakil kacang-kacang. Kacang Putih telah memenangi 2 kerusi daripada 14 kerusi-kerusi yang bertanding pada pilihanraya kacang lepas. Turut bertanding kacang-kacang panjang, rebus, pusaka, pistachio, goreng, butir, dan ground namun kalah akibat kekurangan kempen. Kacang gila pula di tahan reman oleh ISA kerana membuat reformasi secara haram dan mengganggu ketenteraman kawasan kacang. Survey hantu sebanyak 3 telah dikenal pasti lalu tidak dihiraukan begitu sahaja. Laporan oleh: Setiausaha Kacang.
Moral Value: Survey kacang anda membantu pentadbiran negara.
message left at 3:13 PM